KMPk Awesome PerrGGH!
Tuesday 5 August 2014, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum!
hehe.. setelah sekian lama, baru sya nak update belog nih~
Rindu nak menulis..tapi tak tau nak tulis ape~
So, sekarang, sya nak story pasal matrik ^^


Ever since sya masuk matrik, banyak gila sya ketinggalan~

and i missed my brother nikah also you know? {bad english..sorry}
nasib baik sya sempat pergi dia punya reception~ = ="

anyway, bukan semua tak best, banyak jer yang best duduk dekat matrik ni,
and bila orang(junior) tanya, sya mesti akan jawab.. duduk dekat matrik ni best~ ^^
J : Akak, macam mana duk matrik? best?
Answer : BEST! banyak benda yang boleh kita belajar dekat situ.. banyak pengalaman..banyak jugak kenangan.. Tapi kena pandai bawak diri :)

Memories... Pergghh! Memang banyak~
Sedih? Gumbira? Kecewa? semua ada~ and those things semua jadi kenangan yang indah~ serioshlii~!

I made a lot of memories masa dekat matrik~ some of the things that i did dekat matrik, it's my first time :)
it was AWEsome PerrgHH~! 

Mula-mula masuk matrik, memang janggal habis! dahla first time. semua perasaan ada.
Sedih? Gemuruh? Takut? Cuak? Semua ada~
Nak nak pulak ni first time sya duduk asrama [in other words : ni first dok jaoh dengan parents]


(reaction sya bila dapat tau dapat matrik yang dengan dengan rumah)

One of the things yang sya risau bila masuk matrik, kawan macam manalah yang sya akan dapat dekat matrik nanti?

i tell you something ; peranan kawan GILA PENTING dekat matrik! you cannot survive alone~
and Alhamdulillah, Sya dapat kawan yang sangat best dan unik in their own way :)
Senang cakap, selain lecturer, kawan selalu ajar sya kalau sya tak reti.. [i'm not a fast learner]
Note to them : Thankyou so much sebab sabar dalam mengajar sya selama ni~ i know i'm annoying~ keke~ u ooollsz ish da best! <3

And now, I proudly introduce you ...... *bunyi drum*

 MY ROOMATES!




1) Abuji a.k.a Zaff



Zaff ni roomate yang pertama sya jumpa. She is very happy-go-lucky.
First-first jumpa, dia yang tegur dulu since sya ni jenis tak bape nak cakap dengan orang yang sya tak kenal~
We all call her 'abuji' since dia protective (?) haha!
She is kind, sweet, cute, caring.. and UNIQUE!
dia satu-satunya kawan sya yang ada ayam sebagai haiwan perliharaan! [bobbie!]
Sya selalu gaduh ngan dia~ [i'm really sensitive]
and at the end dia yang mintak maaf~ haha~ sorry zaff!
one of the thingsyang kitaorang sama ialah : We are KpopERs!
cumanya dia minat BIGBANG, sya minat TEENTOP~
We used to share all the korean and english songs~ :)
i really want to see her again! <3

2) Amaji a.k.a Atiqah



This is our Amaji~
the one and only "ante" in KMPk~
Ante ni... camne nak cakap ey? she's really good in everything!
she really help me! a lot!
because of her, sya dah mula suka balik dengar lagu nasyeed yang dulu2~
because of her, sya rajin buat nota lepas habis satu topik sya belajar~
banyak benda yang ante ajar dalam tak sedar and i really appreciate it~

Ante ni "doctor wanna be".. tapi tu semua jadi angan-angan belaka sebab dia tak ambik bio masa dekat matrik~
takpe2, insyaAllah bakal "pasangan" nanti doktor~ [if u know what i mean]
She is my : 
Roomate
"Module"mate (?)
Usrahmate <3


3) Ain


This is Ain~ Sweet Ain~
She is my good good friend~ haha
sya banyak share story dengan ain~ 
sya rapat dengan ain ever since kitaorang orentasi~
kitaorang banyak persamaan!
except one thing: she's quite popular and i'm opposite~ ^^
She's very talkactive,easy-going,cuteandadorable,clever,caring..
Dia ni kawan sya yang pertama dari Terengganu~ 
Fortunately, dia tak guna slang masa cakap dengan kitaorang except bila dia jumpa budak Terengganu~
Kalau tak, memang tak fahamla jawabnyer~ ^^
Dia selalu ikut sya pergi kelas malam since my lecturer suka buat kelas malam~:)
Ain and Ante are roomate+lecturemate! untung sangat!
I really hope i can see her again lorr~ <3


4) Ateen


Budak yang paling sya jealous sepanjang dekat KMPk! Seriously!
All I can say is :
"Apa je yang budak ni tak boleh buat? Semua boleh!"
Sya start rapat dengan dia sejak Sem2 which is sangat lambat~
Sem1 kitaorang tak sembang pon walaupun duduk sebelah bilik~
Ateen ni.. Hmmm.. Dia banyak tolong sya in every subject... 
Kitaorang sangat rapat masa dekat matrik... dalam lecture hall pon duduk sama2~ :)
She's a good listener,proctective,kind,nice,talkactive,suka bagi ilmu and many more~ ^^
I just hope that i can find someone like her masa dekat universiti nanti~

5) Fatiah a.k.a Mokk


Mokk is Zafirah's.....sedara~ ^^
dia ni super talkactive!super fun! super energetic! haha
Her english is SUPerBB! 
Mokk sangat rajin! like seriously rajin!
Everytime masuk bilik dia, mesti tengah study~ 
She's crazy and I love it!


I hope she can achieve all things that she want someday.. <3



6) Kak Dayah & Kak Aina




our seniors!
they are simply awesome!
they are clever and unique! and they are bestfriends!
Sya sangat2 berterima kasih dekat dorang sebab dorang banyak ajar sya~
and i love them <3

Last but not least ;



Soulmate a.k.a Syahirah ^^

Syahirah ni roomate yang tak "official"~
Dia selalu datang bilik kitaorang untuk study dan dia sangat sangat rajin~
She's very close to us...
Sampaikan masa last exam (sem2) dia stay dekat bilik kitaorang dari studyweek sampailah habis exam~
She's very honest.. Jujur dalam segala hal~
Kalau dia tak suka, then dia akan cakap dia tak suka..
Syahirah ni sangat tinggi bagi sya sampaikan sya selalu dongak kalau nak sembang dengan dia~ ^^

Right now, hanya tinggal dia dengan zaff je dekat KMPk and hopefully they can score for third and fourth semester! Aminn!

Well well... selain roomate, banyak je yang tolong sya dekat matrik~
Classmate..Lecturemate..Usrahmate...

Each of them has their own uniqueness... and i really love them~

later on, i will update about them pulak.. insyaAllah <3



damn true!




updating this on my birthday makes me wanna cry.. really miss you guys!

from KMPk with lots of <3,
syazack^^

Update
Wednesday 27 February 2013, ϟ 0 shout(s)


Assalamualaikum~

Lama tak bukak laptop dan meng'update' belog yang sejak azalinya sudah berhabuk dan hapak~
so, bila ada kesempatan ni.. apa lagi?
UPDATE BABEH~!
Di sebabkan dah lama tak bukak belog ni, Sya pun dengan rajinnya membaca balik boleh dikatakan semua entri yang Sya pernah buat dekat belog ni..
Ya Allah..
Sangat immature.. Like seriously?
I wrote that?  
Bila baca balik.. nak tergelak pun ada..
Dah macam budak umur 6 tahun punya ayat je..
Dengan marah-marah orang lain dekat belognye.. 
Therefore, Sya membuat keputusan untuk delete beberapa entri Sya yang sungguh keanak-anakkan..
Malu nak bagi orang lain baca~ haha!




Baby Prince
Sunday 27 May 2012, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum~

Ngeeee.... sya ada berita gumbira yang nak dikongsikan~ :DD
Sya dapat baby prince pukul 11 pagi tadi~
penat au sya tunggu~ :(
dari pukul 6.50 pagi dah terjegat dekat hospital...
pukul 3.00 baru selamat sampai rumah...
Alhamdulillah~
Congrats to my sis :)
Comell sangat.. rasa nak cubit cubit~
Nanti dah besar kita main sama sama k? *wink*
hehe.. Pasni, Durar dah ada geng :)

Presenting~ *bukak tirai merah*

comell macam 'acu' dia tak?? :DD


besarla cepat.. nak main aci nyorok~ :DD


the one who loves you,
your cutest acu~

Luahan pada FB?
Saturday 5 May 2012, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum w.b.t

Tweet~ hehe..
Tibalah masa sya meng'copy-star' article dari iluvislam..
Maklumlah... sya mana reti nak buat article sendiri~
Sya tau baca je~~ ^^
Benda yang sya post nih sangatlah berkait rapat dengan apa yang orang selalu buat sekarang~
so... ini kira article yang uptodated la jugak~ :)

Rangkaian Sosial sememangnya satu fenomena yang drastik berlaku seiring dengan perubahan zaman yang serba canggih ini. Tatkala memasuki zaman berinternet ibarat dunia tanpa sepadan tambahan dengan pelbagai jenis interaktif dan penarikan yang menjadikan internet lebih menarik dan mengikuti kitaran kehidupan.

Sama juga dengan adanya Rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya. Ia menjadikan dunia ini sememangnya tanpa sempadan dan tanpa sempadan manusia menjadi alpa dengan sempadan-sempadan dan peraturan yang Islam telah tunjukkan.

Luahan masalah atau ketidakpuashatian terhadap seseorang atau perkara lain sekalipun, adakah berbaloi jika kita mengatakan di Rangkaian Sosial seperti facebook. Ya, facebook memang terkenal dengan salah satu fungsi nya iaitu 'wall' dimana pengguna boleh meluahkan apa yang mereka rasa dan apa yang mereka sedang fikirkan. Sebagai seorang muslim, tidaklah bila kita memasuki dunia tanpa sempadan ini, habis punah semua sempadan yang telah digariskan oleh islam. Tetapi kita masih mengekalkan agar hati kita, akidah kita, agama kita masih tetap bersempadan didalam sanubari seseorang muslim.


Perkara yang menjadi isu dalam luahan pada sesuatu itu ialah yang membabitkan aib seseorang lalu diceritakan di rangkaian sosial. Berdasarkan hadis nabi :

"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya."(HR Muslim)

Berdasarkan hadis ini kita boleh mengambil satu ayat iaitu "Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat". Aib bermaksud cacat cela, salah, atau hinaan. Berdasarkan konteks hina ini, jika seseorang itu salah dan berdosa lalu diceritakan di rangkaian sosial tidakkah itu salah satu daripada membuka aib seseorang itu.

Tidak kisah jika kita berkata nama mahupun tidak, tetapi menceritakan aib itu, akan member kesan jika orang itu, atau orang lain membacanya. Maka akan menimbulkan lagi komplikasi didalam satu permasalahan kerana satu pihak yang tidak mahu berbincang dan menyelesaikan, malah lebih selesa di cerita di rangkaian sosial dan membiarkan khalayak rakannya membacanya. Tindakan ini akan mengeruhkan lagi keadaan, malah boleh membabitkan pergaduhan antara muslim dan sahabat.Tidak salah jika menceritakan aib itu, tapi jika tiada diberikan nama dan bertujuan untuk menasihat dan memberi pengajaran pada yang lain.

Tidak mengapa, kerana didalam al-Quran sendiri Allah ada meriwayatkan kisah-kisah buruk kaum terdahulu agar dijadikan tauladan dan pengajaran oleh setiap muslim di muka.  Akan tetapi jika sesuatu aib itu diceritakan sungguhpun jika tiada nama diletakkan dan hanya mahu meluahkan perasaan. Nauzubillah, banyak kesan buruknya, malah bukan menyelesaikan dan meredakan malah akan menambahkan lagi kesan buruk.


Pelbagai lagi luahan yang sering kali kita baca di rangkaian sosial seperti makian, caci, hina, kritikan yang tidak membina malah menjatuhkan air muka seseorang sehingga berlaku sesuatu yang diluar jangkauan. Ini semua hanya memberikan kesan negative tiada satu pun kesan positif jika difikirkan meluahkan sesuatu dalam memberikan keringanan didalam hati. Tidak!.  Adakah dengan menulis sesuatu di rangkaian sosial tersebut akan  memberikan kita jawapan?. Tidak!

Adakah lebih baik jika kita meluahkan di rangkaian sosial dengan kebesaran dan keindahanNya ciptaan Allah tatkala setiap patah perkataan itu akan diselitkan Allah, dan menyebut nama Allah disetiap perbualan akan membersihkan lagi hati kita malah akan melembutkan lagi hati kita. Berkongsi ilmu kerana Allah dirangkaian sosial dapat juga kita pahala berterusan, Ilmu yang disampaikan akan digunakan malah di teruskan penyebarannya diberikan pahala  berterusan dan sehingga kiamat.  Sebagaimana hadis nabi :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Kita diciptakan oleh Allah dengan satu tujuan mencari keredhaanNya dan menyembahnya sehingga nafas yang terakhir. Adakah rangkaian sosial itu yang memberi kita rezeki?, petunjuk?, jawapan kepada setiap persoalan dan permasalahan?, adakah ianya dapat memberikan kita kegembiraan didunia mahupun di akhirat kelak. TIDAK!. Hanya Allah yang kita sembah, kita takuti, dan kita luahkan segalanya didunia ini. Sungguhlah malang jika kita menyutukan Allah dengan melupakanNya bahawa Dia lah tempat kita mengadu, menatap dan menangis kesusahan kerana Dialah yang boleh mengubah itu semua. Bukan Rangkaian Sosial!. Bukan dengan menulis sesuatu di situ.

Oleh itu, kita sendiri yang menentukan samada kita bersosial di dunia tanpa sempadan ini menambahkan pahala, melembutkan hati kita, mendekatkan diri kita pada Allah atau menjauhkan kita, mengeraskan hati, menambah dosa kita pada Allah. Dengan ilmu dari Allah yang diberikan pada manusia sebenarnya Allah memberikan kita lebih banyak jalan untuk memperoleh keredhaannya dan hanya hambanya yang betul-betul ingat akanNya dan menggunakan kelebihan itu untuk mendekatkan diri kepadaNya.

copied by,
sya <3

Rakan :)
Saturday 18 February 2012, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum w.b.t~

 
Lamanya sya tak update blog nih~
bersawang sudahh~~ *ambik penyapu*
These days sya kinda busy~~
busy dengan tu.. dengan ni.. yada yada~~
but today,
sya ada something yang sya nak share dengan semua orang~
no offense ey?? *wink*

Korang semua ada rakan tak??
or dalam bahasa omputehnya friends?
rakan ni kan datang dalam pelbagai rupa tau....
ada yang ikhlas.. ada yang talam dua muka~
dan banyak lagi istilah larh~ :)
ada jugak yang bila baik dengan kita je dia dengar cerita kita.. kawan semengumpat dengan kita
TAPI,
bila dah tak kawan.. mulala sembang yang buruk buruk pasal kita... mengumpat pasal kita... aibkan kita
post itu ini~ bagaikan dialah yang perfect~
i must admit... sya pun tergolong dalam kalangan tuh~
tapi sekarang sya sedar something~
apa yang kita dapat kalau post itu ini? pahala??
it's not gonna change anything~
mungkin akan ada yang berkata ;

Si Manis : ala... rakan ni..time happy happy je dengan kita.. bila part susah, kita tanggung sendiri~
macam *******

semua orang ke macam tuh?
betulke dia yang bersalah sepenuhnya sampaikan kita berkata sebegitu rupa?
mungkin masa marah kita tak nampak apa apa sebab sudah dihasut oleh syaitan...
tapi,
kalau kita fikir balik... rewind balik semua yang pernah berlaku...
mungkin kita akan TERperasan yang apa yang kita cakap tuh tak betul kan??~
Kawan itu suatu anugerah yang cukup indah~
Janganlah kita sia-siakannya~~
Seburuk manapun seseorang itu, dia tetap seorang hamba Allah yang sering melakukan kesilapan~
Begitu juga kita... kita tidak pernah sempurna... dan tidak juga pernah menjadi rakan yang terbaik~
Jadi usahlah membuat statement seperti anda itu seorang rakan yang sangat perfect~ Dari statement itu saja anda boleh menilai, anda ini rakan yang seperti apa kan?? :)

Good friends are like stars.
You dont always see them,
But, you know they are always there

Qarin???
Wednesday 25 January 2012, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum~
hey readers~~ *smile*
apa habaq?? [that's my new trademark]
sebenarnya takda niat pun nak buat entry sebab sya rasa tak sedap hati dek kerana sya dah buat salah ngan someone~
itula padahnya kalau syaitan menguasai diri~ *pouts*
TAPI!
tadi sya terbaca something and wanna share with you guys too~ =)
korang tahu tak ape tu QARIN??
haaa... sebenarnya sya pun baru tau 5 minit yang lepas~ *gelak*
tp.. for those yang dah tahu tu, tak salah pun baca kan?? *wink*
enjoy peeps~ *smile*


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?


Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." 
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

والله اعلم

BIBLIOGRAFI:

http://panduanislam.com/blog/2011/04/apa-itu-qarin/

Sunday 22 January 2012, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum~ :)
Hey readers~
Anybody home???? *knock your door*
Great~! You're here~ *wink*
You guys know what?
Recently ni, sya jadi cepat sangat marah dekat orang~
Tak kira la kawan perempuan atau lelaki~ sya asyik nak bengang jer~ and one thing bila sya akan cakap bila sya bengang adalah... 'taek'~
yes dear.. shit~ jahatkan?? agaknya dah menggunung dosa sya sebab asyik cakap taek dekat kawan-kwan sya~
mesti ada sesetengah daripada korang pun macam sya kan?? cepat marah.. tapi bukan panas baran ye...
cepat touching je~ *wink*
but then,
baru nih sya baca one article dari iluvislam [sya suka stalk laman web tuh]
sya sekarang dah berazam untuk melatih diri supaya tak cakap word tu lagi~ Amiinn :)
and i thought, why not sya kongsi dengan semua kawan-kawan sya~
tak rugi satu sen pun~ [sekarang 1sen tak laku so kita guna 5sen]~ jum baca sama-sama ey??


Marah adalah perasaan yang paling dibenci oleh Allah swt.Perasaan marah ini juga dibenci oleh semua orang.Jikalau anda seorang yang pemarah, perbanyaklah berzikir mengingati Allah swt.Perbanyakkan muhasabah diri.
"Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam".
 Lihat diri sendiri dan bertanya: adakah anda seorang yang sempurna adni tidak melakukan kesilapan dan kesalahan dalam kehidupan seharian?Kita semua adalah manusia yang begitu banyak dosa lagi tidak sempurna.

Oleh itu, Jikalau kita ingin memarahi seseorang, fikir dahulu sebelum melakukannya.Jika kemarahan itu berterusan,elakanlah ia dengan mengambil wuduk,membaca Al-quran, beristighfar, berzikir dan berdoa supaya hati kita sentiasa tenang.
Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami:
"Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring".
 Always remember..

Always be positive thinking and positive atitude insyAllah you will be the greatest of ummah.. InsyAllah :)
sya nak tambah sikit ;)
sya actually dah jumpa satu solution baru macam mana nak kurangkan rasa marah atau sedih especially time yang tak boleh di'control'
you just have to smile~ :)
yes dear.. S M I L E 
seriously korang akan rasa lebih tenang~ InsyaAllah :)
tapi kalau nak yang lebih mujarab, pergi ambil wudhuk and then solat sunat~
you'll automatically feel better~ May Allah bless our life~
oklah~ i'll end my post with Assalamualaikum :)
pasni, nanak marah-marah agi ye?? *smile* TaTa~ XD

the one who still improving herself,
myself :)

new past